Setelah melihat keadaan air di negara kita,apa reaksi kita semua??Adakah kita rasa "Alaa..Biasa la tu..Negara lain pun macam tu jugak.." atau "ye ke?? Tak tahu pulak dah kritikal.." Inikah yang dinamakan sebagai cakna??Tak semua rakyat Malaysia cakna akan hal pencemaran air.Bagaimana pula dengan pihak kerajaan..Apa langkah-langkah kerajaan bagi membendung masalah ini??Penguatkuasaan undang-undang??Kerajaan telah pun menguatkuasakan undang-undang..Tapi adakah mereka yang tidak bertanggungjawab ini peduli?? "Alaa..Sikit je aku buang.Bukannya banyak.Tak menjejaskan kebersihan air pun." Kalau semua orang bersikap seperti ini,masalah ini tidak akan dapat diatasi.
Antara langkah yang boleh dilaksanakan ialah menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air
Saturday, 16 April 2011
Tuesday, 15 March 2011
Apa Tindakan Kita??
Pencemaran air semakin teruk..Tapi apa tindakan kita untuk membendungnya??Apa tindakan pihak kerajaan??Sudah adakah langkah-langkah yang diambil??Tepuk dada tanya selera..
Pencemaran ini adalah hasil tangan orang-orang yang langsung tidak bertanggungjawab. Membuang sampah ke dalam sungai tanpa memikirkan akibat jangka masa panjang.Apa yang mereka fikir ialah mereka tidak perlu bersusah payah mencari tong sampah..Tidakkah mereka fikir kemana sampah-sampah yang dibuang itu pergi..Sampah-sampah itu tidak ghaib macam tu saja.Sampah-sampah itu akan berkumpul dan menyekat pengaliran air.Seperti aliran darah kita.Kalau sesuatu atau kolesterol menyekat laluan darah kita,sel-sel tidak dapat bekerja dengan baikMalah ada kemungkinan sel-sel badan kita akan mati.Begitu juga dengan sungai kita.Sampah-sampah yang berkumpul dihujung sungai akan menjadikan sungai itu mati disitu.Tidak boleh mengalirkan airnya ke tempat-tempat lain.
Mereka yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati saja.Industri dengan cara industrinya,pengilang dengan cara pengilangnya,yang terpelajar dengan cara terpelajarnya..Semua ini ke mana?Ke sungai kita..Sumber air kita.Kebersihan sungai tanggungjawab kita.
Inikah rupa sungai kita??Apa tindakan kita untuk mengembalikan keindahan sungai?? Sungai-sungai kita sudah menyerupai longkang..Kotor..Dipenuhi sampah-sarap,sisa buangan dan sisa toksik.Kerajaan telah pun menguatkuasakan undang-undang.Tapi,mereka yang tidak bertanggungjawab ini ambil pedulikah?

Monday, 14 March 2011
Tahap Pencemaran di Negara Kita
Sungai yang bersih memang menjadi idaman kita.Tapi kenapa kita tetap kotorkan sumber air dengan tangan kita sendiri??Apa kita masih tak sedar kepentingan air dalam kehidupan kita??Sampah sarap dibuang sesuka hati ke dalam sungai.Sisa toksik dari kilang disalirkan ke dalam sumber air kita.Tidak terfikirkah apa akibatnya??Semua hidupan laut akan mati.Sisa toksik menyebabkan semua hidupan laut kekurangan oksigen dan akhirnya mati.Bukan sahaja sumber air yang tercemar,bahkan sumber makanan kita juga akan berkurangan.
Mahukah kita sumber air kita tercemar seperti gambar di atas??Tepuk dada tanya selera.Kawasan mandi-manda akan hilang sekelip mata dek perbuatan kita sendiri.Pada umumnya, setiap sungai di negara ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu;
· Kelas 1- airnya boleh terus diminum tanpa rawatan
· Kelas 2 – airnya memerlukan rawatan biasa
· Kelas 3 – air nampak bersih, tidak berbau, tetapi
kualitinya tercemar dan orang ramai tidak
boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing.
· Kelas 4 – tercemar*
· Kelas 5 – hampir mati*
*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.
Senario semasa di Malaysia menunjukkan, bilangan sungai yang berada dalam kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan tetapi yang dikategorikan dalam Kelas 4 dan Kelas 5 semakin meningkat. Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Pada tahun 1976, analisis awal data kualiti air sungai menunjukkan terdapat 42 batang sungai yang teruk tercemar, 16 sederhana tercemar sementara 7 lagi berpotensi untuk tercemar. Antara sungai yang teruk tercemar ialah Sungai Kelang, Sungai Juru, Sungai Skudai dan Sungai Melaka. Pada tahun 1987, data kualiti air untuk 35 sistem sungai utama berdasarkan indeks kualiti air untuk lima parameter iaitu Keperluan Oksigen Biokimia (B.O.D.), Keperluan Oksigen Kimia (C.O.D.), bahan terampai, Nitrogen beramonia dan pH menunjukkan bahawa 4 batang sungai iaitu Sungai Kelang, Sungai Juru, Sungai Sepang dan Sungai Raja Hitam teruk tercemar. Selain itu, analisis juga menunjukkan 25 batang sungai sedikit tercemar serta menghadapi masalah
pencemaran.
Pada tahun 1990 pula, analisis parameter kualiti air menunjukkan bahawa daripada 90 sungai utama yang dikaji, 7 dalam keadaan teruk tercemar, 35 sedikit tercemar dan 48 batang lagi sungai dikelaskan bersih. Sungai yang paling teruk tercemar ialah Sungai Juru, diikuti oleh Sungai Sepang, Sungai Pontian Besar, Sungai Ibai, Sungai Kelang dan akhir sekali Sungai Buloh. Seterusnya, Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1997 dan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bilangan sungai yang dikategorikan sebagai ‘bersih’ telah berkurangan sebanyak 43 peratus dari tahun 1996 ke 1997. Dalam tempoh yang sama, bilangan sungai
yang tercemar pula telah bertambah sebanyak hampir sekali ganda daripada 13 batang pada 1996 kepada 25 batang pada 1997.
Pencemaran yang berlaku di tahap kritikal...
Thursday, 3 March 2011
Pencemaran Air
Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis binatang ternakan seperti ayam,babi,lembu dan lain-lain ke dalam sungai.Sungai Semenyih,sebagai contoh pernah dicemari dengan puluhan ladang babi pada tahun 1980-an.
Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara ke atas Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai,Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.
Petani di Cameron Highland menggunakan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna menyebabkan najis manusia tidak dirawat dengan betul. Kes ini didedahkan kepada wartawan dan ditontonkan di televisyen. Selepas itu barulah Majlis Daerah Cameron Highland turun padang untuk mengambil tindakan bagi membetulkan keadaan.
Pengilang dari Taiwan dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di Johor,Malaysia. Beberapa negara maju membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangkannya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan marin. Tayar-tayar buruk kononnya akan dijadikan tukun-tukun tiruan di dasar laut terutama di Laut China Selatan. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu wujud 'pulau sampah' secara terancang atau tidak dirancang.

Definisi Air
Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-
Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bahagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen.
Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan.
Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.
Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.
Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.
Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.
Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas) |
Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).
Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan.
Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.
Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.
Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.
Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)