Monday, 14 March 2011

Tahap Pencemaran di Negara Kita






                   Sungai yang bersih memang menjadi idaman kita.Tapi kenapa kita tetap kotorkan sumber air dengan tangan kita sendiri??Apa kita masih tak sedar kepentingan air dalam kehidupan kita??Sampah sarap dibuang sesuka hati ke dalam sungai.Sisa toksik dari kilang disalirkan ke dalam sumber air kita.Tidak terfikirkah apa akibatnya??Semua hidupan laut akan mati.Sisa toksik menyebabkan semua hidupan laut kekurangan oksigen dan akhirnya mati.Bukan sahaja sumber air yang tercemar,bahkan sumber makanan kita juga akan berkurangan.





                         Mahukah kita sumber air kita tercemar seperti gambar di atas??Tepuk dada tanya selera.Kawasan mandi-manda akan hilang sekelip mata dek perbuatan kita sendiri.Pada umumnya, setiap sungai di negara ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu;

                 · Kelas 1- airnya boleh terus diminum tanpa rawatan
                 · Kelas 2 – airnya memerlukan rawatan biasa
                 · Kelas 3 – air nampak bersih, tidak berbau, tetapi
                                   kualitinya tercemar dan orang ramai tidak
                                   boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing.
                 · Kelas 4 – tercemar*
                 · Kelas 5 – hampir mati*

*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.

                     Senario semasa di Malaysia menunjukkan, bilangan sungai yang berada dalam kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan tetapi yang dikategorikan dalam Kelas 4 dan Kelas 5 semakin meningkat. Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Pada tahun 1976, analisis awal data kualiti air sungai menunjukkan terdapat 42 batang sungai yang teruk tercemar, 16 sederhana tercemar sementara 7 lagi berpotensi untuk tercemar. Antara sungai yang teruk tercemar ialah Sungai Kelang, Sungai Juru, Sungai Skudai dan Sungai Melaka. Pada tahun 1987, data kualiti air untuk 35 sistem sungai utama berdasarkan indeks kualiti air untuk lima parameter iaitu Keperluan Oksigen Biokimia (B.O.D.), Keperluan Oksigen Kimia (C.O.D.), bahan terampai, Nitrogen beramonia dan pH menunjukkan bahawa 4 batang sungai iaitu Sungai Kelang, Sungai Juru, Sungai Sepang dan Sungai Raja Hitam teruk tercemar. Selain itu, analisis juga menunjukkan 25 batang sungai sedikit tercemar serta menghadapi masalah
pencemaran.

                    Pada tahun 1990 pula, analisis parameter kualiti air menunjukkan bahawa daripada 90 sungai utama yang dikaji, 7 dalam keadaan teruk tercemar, 35 sedikit tercemar dan 48 batang lagi sungai dikelaskan bersih. Sungai yang paling teruk tercemar ialah Sungai Juru, diikuti oleh Sungai Sepang, Sungai Pontian Besar, Sungai Ibai, Sungai Kelang dan akhir sekali Sungai Buloh. Seterusnya, Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1997 dan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bilangan sungai yang dikategorikan sebagai ‘bersih’ telah berkurangan sebanyak 43 peratus dari tahun 1996 ke 1997. Dalam tempoh yang sama, bilangan sungai
yang tercemar pula telah bertambah sebanyak hampir sekali ganda daripada 13 batang pada 1996 kepada 25 batang pada 1997.


                            Pencemaran yang berlaku di tahap kritikal...

No comments:

Post a Comment