Saturday 16 April 2011

Langkah-langkah mengatasi pencemaran air

                    Setelah melihat keadaan air di negara kita,apa reaksi kita semua??Adakah kita rasa "Alaa..Biasa la tu..Negara lain pun macam tu jugak.." atau "ye ke?? Tak tahu pulak dah kritikal.." Inikah yang dinamakan sebagai cakna??Tak semua rakyat Malaysia cakna akan hal pencemaran air.Bagaimana pula dengan pihak kerajaan..Apa langkah-langkah kerajaan bagi membendung masalah ini??Penguatkuasaan undang-undang??Kerajaan telah pun menguatkuasakan undang-undang..Tapi adakah mereka yang tidak bertanggungjawab ini peduli?? "Alaa..Sikit je aku buang.Bukannya banyak.Tak menjejaskan kebersihan air pun." Kalau semua orang bersikap seperti ini,masalah ini tidak akan dapat diatasi.
                    Antara langkah yang boleh dilaksanakan ialah menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan  bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi  rawatan air 
Malah,pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan  daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan  perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan  di kolam takungan sebelum   disalirkan ke dalam sistem perparitan.
                   Penyelenggaraan sistem perparitan berkala juga perlu dilaksanakan.Hal ini adalah untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka  penyelenggaraan berkala seharusnya  dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan.Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekaligus tidak akan terlepas ke  sistem saliran utama sungai.
                Kempen kesedaran melalui  iklan TV turut membantu dalam memberi kesedaran  kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kempen seperti ini adalah  untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikat 'tidak apa'. Kempen kesedaran melalui iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah.Kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri.Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini.Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri.Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.
                  Wariskan air yang bersih kepada generasi kita yang seterusnya.Jangan jadikan mereka mangsa sikap tidak bertanggungjawab kita.


 
 

4 comments: